RINDU
Seketika, tika kala diam aku dalam kamar seni nan sepi ini, mencari-cari koleksi karya lama. terpandang pada koleksi gambar lama. Terpana diri. Telah banyak rupanya calitan jiwa ini tiada lagi dalam kartu diri.Begitu banyak yang kini barangkali menghiasan kamar-kamar insan lain. Semoga ia menjadi kesayangan sesiapa saja. Itulah hadiahku untuk dunia, dunia seni! Sayang, tidak pernah terfikir dulu untuk merakamkan koleksi itu.
MERONTA HATI
Manalah ku jangka ia menyentuh rasa, ku pungut mana yang ada untuk di abadikan bersama maya ini bersama keluh kesah jiwa kecewa. Apakan daya, hanya sekerat ini yang tersimpan dalam kenangan ini.
Aku rindu pada semua yang tiada....
dan aku sayang pada yang ada.
SENI ITU PERASAAN DAN JIWA!
hanya ini menjadi tatapan hati....
TAJUK : LORONG HIDUP
MEDIA : WARNA AIR
"Lorong Hidup"
Apakah akan ada aku yang melangkah ke penghujung sana.
meneruskan hakikat hidup yang tidak setenang alam.
lorong yang ku lalui saban waktu, ada damai
lorong yang ku tinggalkan saban masa, ada nyaman
membawa erti kehidupan dan cinta yang tertumpah di lorong itu...
Catatan:
karya ini telah dibeli dan dihadiahkan kepada Wan Azizah Wan Abd. Rafar
Pengetua SMK Temin, Jerantut.
terima kasih cikgu, jasamu dikenang!
TAJUK : RUMAHKU SYURGAKU
MEDIA : WARNA MINYAK
"Rumahku Syurgaku"
Akan ku pertahankan sekelumit yang ada
biar ada ribut menghentak laman
biar ada hujan membasah jemoran
inilah yang ada dari kehidupan, anugerah Ilahi
dan
aku redha menghitung hari
kerna bahgia itu di hati, cinta itu nun di sanubari
akan aku teruskan hari dari kamar ini...
catatan:
karya ini telah dibeli dan dihadiahkan kepada
YB Zailah (Ketua Muslimat PAS Pusat)
sempena perasmian
Jentera Pilihanraya Halwa PAS Parlimen K.Krau
TAJUK : PELAYARAN
MEDIA : WARNA AIR
"Pelayaran"
Tiada lagi pelabuhan, ia tertinggal jauh di belakang
Tiada lagi perhentian, ia sayup di hujung kuala
kini pelayaran ini harus diteruskan
walau tanpa mentari, walau tanpa bintang
yang tinggal di haluan itu, hanyalah suatu perjuangan
agar tidak hanyut dan tenggelam
agar ia terus pada destinasi hari esok...
Mampukan aku di keseorangan ini !
catatan :
karya ini telah diabadikan di laluan pejabat SMK Jengka 16, Bandar Jengka Pahang
TAJUK : REZEKI ALAM
MEDIA : CAT EMULSION
"Rezeki Alam"
Ku bentangkan segala rezeki yang melata
bukan untuk dibaziri, ada anak-anak yang lapar!
tebarkan kemewahan ini, untuk yang mendayu merayu
hulurkan kepada yang meminta
di situlah berkat akan menyelubungi
kerana ini rezeki Allah untuk alam..
catatan :
Karya ini disumbangkan kepada kantin SMK Jengka 16
aku sayang sekolahku..
TAJUK : SEPAKAT
MEDIA : WARNA AIR
"Sepakat"
Setitis peluh yang gugur dari seribu tenaga yang utuh
adalah suatu kepuasan, suatu kenikmatan.
dan aku rela berdiri dan tumbang bersama
demi suatu ikatan
demi untuk suatu perjuangan...
Catatan :
karya ini di hadiahkan kepada Pengetua SMK Jengka 16
Sempena pelancaran NKRA Tawaran Baru Peringkat Sekolah
Pada yang memiliki karya aku yang tidak seberapa ini walau di mana sahaja, terima kasih atas kesudian meletakkan ia di ruang kamar hidup kalian. Terima kasih kerana sudi bersama menghargai seni yang suci .
No comments:
Post a Comment